PIS

Assalamualaikum. Dah lama x update blog aku ni. Sibuk sangat urus hal rumah tangga...opss melawak je aku belum khawin lagi okay. Haha. Tujuan aku tulis sekarang ni aku adalah nak share sikit kat korang first pengalaman aku dekat Politeknik Ibrahim Sultan. Cerita ni dah lama tak berapa ingat sangat tapi aku nak tulis gak. Nak cerita first pengalaman aku jejakkan langkah kaki aku dekat IPTA ni.

Aku dapat masuk Politeknik Ibrahim Sultan ni nasib baik jela tu pun dapat intake yg ke-2. Intake yg kedua ni selalu dipandang rendah well biasalah orang mestilah nak yg kedepan dulu kan, Tapi pada aku ada aku kisah? Belajar sama je. Ilmu yg sama juga aku dapat. Untuk pengetahuan korang jugak aku sekarang ni dah sem 3.Saja je nak cerita pengalaman sem 1 aku ni macammana, Tak berapa ingat sangat dah.

Ni pintu masuk PIS
Related image
sumber dia daripada encik google la baru aku perasan aku tak pernah ambil gambar pintu depan poli aku ni ha selama 3 sem ni ;P

Aku tak ingat tarikh aku masuk tapi dalam hujung tahun 2015. Ha bulan 11 gitu.
Kekeke.
Maka bertolak la aku dengan family terchenta aku,ibu ayah dengan Alisya adik kecil aku menuju ke PIS. dekat pasir gudang tu ha dari tempat kami Bandar Endau Mersing.

Dalam kereta aku mampu Tido je kroih3...

Perjalanan selama 2jam lebih tu akhirnya sampai la ke PIS. Sampai-sampai je masuk tu terus daftar dekat Dalam Dewan Besar dia untuk pendaftaran pelajar ,penyerahan dokumen dan juga sesi tangkapan gambar untuk kad matrik. Gedebak gedebuk tengah2 panas tu settle la akhirnya. Terkejut tengok Poli nya,Besar weh. Haha. Tak silap aku Poli terbesar dalam Malaysia? Yeke . Rasanya lah. Okay2. Pastu macam biasalah masuk asrama kemas2 barang dibantu oleh ibu dan ayahaku. Roommate aku first aku kenal nampak alim je dengan tudung labuhnya . Muka bersih suci mak ayahnya pun baik2. Tapi selepas beberapa hari kenal rupanya hipster teruk. Hahahaha. Sempat lagi mengata tu. Well malas nak cerita pasal dia lebih2. Sebab aku gaduh besar dengan dia, di pun dah berhenti poli dan last aku nampak dia Sem 2 lepas.

Berbalik kepada cerita tadi. Maka setelah siap sesi kemas mengemas bersih membersih family terchenta ku pun pulang. Sebab dalam kol 2 tu dah kena berkumpul. Nasib baik la aku ni dah kurang manja dah (sejak dapat adik baru) aku relax je dan apa yang aku lihat disini ramai sangat kawan-kawan poli yang homesick sampai nangis2. Ok gelak jahat jap. Hhaahaha. Jahat aku mengutuk. Kikiki . Untuk pengetahuan korang jugak aku dapat bilik yang cantik dengan perabut baru dan bercat pink. Ala mana tah gambar tak de dah.

Well sampai situ jela aku ingat gitu je. Kalau nak tahu lagi boleh email aku . Orang kena tanya baru aku ingat. Hhahaha. Satu lagi sesi orentasi dia kus semangat azab ... Hahahaha. Dan sekarang aku dah terlepas semua tu tak tahu la nanti sambung degree camna pulak kan. Maaf la penulisan aku yang agak terabur tak faham ni... Dah lama x mengarang gini lah jadinya. 

Assalamualaikum

Comments

Post a Comment

Popular Posts