Tip Memilih Seluar Jeans Mengikut Jenis Bentuk Badan Wanita

Siapa yang tidak pernah memakai jean? Boleh dikatakan seluruh dunia menjadikan jean sebagai pilihan utama dalam bergaya. Pun begitu ramai juga di antara kita yang salah dalam mengenakan jean terutama padanan seluar. Untuk itu, di sini disenaraikan permasalahan dan penyelesaian yang lazim dialami oleh para wanita serta beberapa panduan pemakaian jean yang betul mengikut bentuk tubuh korang
Wide Leg Jean
Permasalahan 1:
Memiliki bentuk kaki yang terlalu kecil dan tidak seimbang dengan bentuk tubuh. Jika kamu gemar memakai seluar jean jenis ‘straight cut’ ia akan mencacatkan lagi penampilan terutama di bahagian kaki yang menampakkan lebih kurus dan tidak menarik.
Penyelesaian 1:
Jean yang sesuai bagi menutup kekurangan pada kaki kecil ialah jean jenis ‘wide leg’. Pemilihan jean jenis ini sesuai kerana selain lebar pada kaki seluar, warna hijau pudar ternyata memberi kesan tambahan untuk menampakkan kaki lebih ‘berisi’ dan seimbang dengan bentuk tubuh. ‘Wide leg’ sesuai untuk mereka yang tinggi dan bertubuh langsing. Potongan ini tampak kasual dan trendy.

High-waist jean
Permasalahan 2:
Disebabkan terlalu kurus, bahagian punggung tidak menonjol dan ini membuatkan jean yang dipakai kelihatan mendatar dan tidak membentuk bahagian yang ideal.
Penyelesaian 2:
Seluar jean ‘High-waist’ sesuai kerana dapat menampung kepadatan bahagian punggung dan seterusnya menampakkan potongan badan yang lurus. Pemakaian kasut bertumit tinggi penting bagi membantu menyerlahkan lagi penampilan yang sofistikated.

Trouser cut
Permasalahan 3:
Bagi yang mempunyai masalah dari segi saiz badan yang agak berisi tentu menyukarkan mencari jean yang sesuai.Masalah paling ketara adalah pada bahagian paha.
Penyelesaian 3:
Untuk menyelesaikannya, mereka yang berbadan besar perlu memakai jean dari jenis ‘Trouser cut’. Ia sesuai untuk mereka yang berpaha besar dan mempunyai kelebihan pada bahagian punggung. Asalkan yakin dengan kemampuan diri dan ingin bergaya, ‘Trouser cut’ menjadi pilihan buat kamu.

Straight Leg Jean
Permasalahan 4:
Apabila sudah memiliki tubuh badan yang langsing, timbul pula masalah pada bahagian pinggul. Bentuk pinggul lebih lebar dan menyukarkan mencari jean yang sesuai dengan bentuk tubuh.
Penyelesaian 4:
Mereka yang mempunyai masalah seperti ini tidak perlu bimbang kerana ia boleh diatasi. Yang penting jean yang hendak disarung mestilah dari jenis ‘Straight leg’ kerana ia memberi ilustrasi kaki nampak kurus dan panjang. Padankan dengan baju yang bercorak garisan supaya menutup kekurangan pada bahagian pinggul.

Skinny Jean
Permasalahan 5:
Memiliki kaki yang agak panjang berbanding badan. Di situ memberi ketidakseimbangan antara kaki dan badan.
Penyelesaian 5:
Jean jenis ‘Skinny’ sesuai dengan permasalahan di atas. Selain menyerlahkan lagi bentuk kaki, paling utama baju yang dipadankan mestilah mempunyai corak kecil dan melepasi paras pinggul supaya kelihatan lebih seimbang antara kaki dan badan. 

Comments

Popular Posts